Pengertian Permainan Tradisional dan Wau

Pengertian Permainan Tradisional dan Wau


Permainan tradisional berupaya membentuk sebagian daripada kehidupan yg dulu prnah dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yg menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.

Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yg sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yg masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah,wau, batu seremban, sepak raga, congkak, gasing dan lain-lain.

Pengenalan Permainan Tradisional layang layang Wau


Permainan Tradisional layang layang Wau
Permainan Tradisional layang layang Wau

Permainan Tradisional wau ini juga dikenali dengan sebutan layang-layang.Permainan layang layang wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Permainan Wau sampai saat ini masih digemari dan dimainkan di sekitar kawasan seperti  Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.Layang layang Wau diciptakan dlam berbagai bentuk dan ukuran yg mempunyai nama tersendiri seperti layang layang wau pari, wau burung, wau katak, wau merak, wau kucing, wau bayan, wau jala budi, wau sewah,  wau lenggang kebayan dan wau barat.

Begitupun wau bulan banyak digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotif awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yg dihasilkan dan diwarnakan dgan pelbagai warna. Selain dijadikan sebagai bahan permainan, wau juga sering menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding di rumah.

Cara Bermain Permainan Tradisional Layang Layang Wau


Permainan Tradisional layang layang Wau
Permainan Tradisional layang layang Wau

Pada umunya wau akan dimainkan oleh dua orang yaitu seorang akan bertugas memegang wau dan seorang lagi yg biasa dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin mulai bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehingga wau tersebut akan terbang tinggi di udara. Kilauan sinar matahari akan menambah cantik layang layang wau yg berwarna-warni itu.